Wednesday, 28 January 2015

6 Tabiat buruk yang mengundang jerawat pada kulit wajah

Apakah punca-punca yang menyebabkan jerawat selalu tumbuh pada wajah?

Berikut adalah 6 tabiat buruk yang mengundang jerawat pada kulit wajah anda yang perlu dielakkan?

1. Terlalu kerap cuci muka.
    
Walaupun ia adalah penting untuk menjaga kulit anda supaya sentiasa bersih tetapi perlu diingatkan mencuci terlalu kerap hanya akan membuat jerawat lebih teruk. Sebaik-baiknya, basuh muka anda pada waktu pagi apabila anda bangun dan pada waktu malam sebelum tidur.

2. Bersungguh-sungguh menggosok kulit anda.

Menyental kulit anda dengan tuala kecil atau pencuci, pengelupasan akan berlaku dan menyebabkan kerengsaan ketara dan mungkin menjadi lebih teruk pada kulit berjerawat anda. Untuk mengelakkan jerawat, sentiasa basuh dengan hanya air suam dan pembersih yang lembut.

3. Tidak bersihkan kulit yang berpeluh.

Selepas melakukan senaman, kulit anda boleh ditutupi dengan peluh. Jangan biarkan ianya sebati pada kulit anda, sebaliknya sentiasa mandi atau cuci dengan segera sepelas berpeluh.

4. Sentiasa gatal untuk kutil dan sentuh jerawat.

Kebanyakan daripada kita selalu geram dengan jerawat yang naik di muka, tetapi jangan memilih untuk menyentuhnya kerana ia hanya boleh menyebabkan kemerahan meningkat, nanah meresap kedalam kulit lalu menyebabkan parut. Sebaliknya, pastikan tangan anda jauh daripada muka dan biarkan jerawat dirawat dengan bantuan krim anti-jerawat.

5. Pastikan produk rambut tidak terkena pada muka.

Adalah penting untuk memastikan semburan rambut, gel, mousse atau produk rambut yang lain jauh dari muka anda untuk menhalangnta memasuki liang pada kulit wajah anda. Pastikan anda menutup muka ketika ketika menggunakan produk tersebut agar tidak terkena wajah.

6. Makan makanan yang berminyak.

Ini kebiasaan yang selalu dilakukan malah hal ini sememangnya tidak boleh dielakkan lebih-lebih lagi makanan ringan atau fast food yang menjadi kesukaan semua orang. Makanan berminyak boleh menjadikan kulit berjerawat teruk kerana minyak yang berlebihan. Jadi, berpegang kepada diet yang sihat tanpa minyak demi kesihatan anda juga.

Sumber dari Wanista

Untuk pemilihan set Wonder Glow yang sesuai dengan kulit anda  sila:
SMS/Whatsapp ke 012-2417352 Isabella / 012-6328821 Ja
atau 
Sila ke link ni:
http://isabellabeautyhouse.blogspot.com/p/wgc-products.html



No comments:

Post a Comment